Saturday 20 November 2010

A Tribute to ZAID IBRAHIM

Kepada sesiapa yang dah 'berkahwin' and if ada 'masalah' dalam 'rumah', janganlah sesekali pergi meninggalkan 'rumah' dan menceritakan 'masalah' 'rumah' anda kepada orang luar, gunalah saluran yang betul utk memperbetulkan keadaan. Jika sebaliknya berlaku, ia akan menjatuhkan maruah 'rumah' anda dan sekaligus menjatuhkan maruah anda. Biarlah akal yang bertindak, bukan emosi

Friday 19 November 2010

Zaid keluar PKR 16 Disember, persenda tarikh 16 September

Fri, Nov 19, 2010



PETALING JAYA: Zaid Ibrahim akan keluar PKR secara rasmi pada 16 Disember ini, sekali gus mempersenda tarikh 16 September kegagalan Anwar Ibrahim menawan Putrajaya.
Surat perletakan jawatan berkuatkuasa pada tarikh itu dikemukakan kepada parti di ibu pejabat PKR pagi tadi.
"Jika Anwar gemar kepada tarikh 16 September, saya sebaliknya gemar tarikh 16 Disember," katanya sambil berseloroh pada sidang media yang padat di rumahnya di sini.
Beliau berkata, pembentukan parti baru juga sedang proses pendaftaran tetapi ini bergantung kepada sokongan terhadapnya selepas beliau secara rasmi keluar parti.
Bekas menteri undang-undang itu mengambil keputusan untuk mengudur diri selepas berlaku perselisihan dengan pucuk pimpinan parti.
Zaid, yang suatu ketika dianggap sebagai pengganti Anwar mendakwa berlakunya kepincangan dalam pemilihan parti di mana beliau bertanding untuk jawatan timbalan presiden menentang Naib Presiden Azmin Ali, yang menjadi pilihan Anwar.
Beliau yang juga bekas Ketua PKR Wilayah Persekutuan selanjutnya meletak semua jawatan dalam parti selepas menarik diri pada separuh jalan dalam perlumbaan merebut jawatan timbalan presiden.
"Komplot Anwar-Azmin?"
Zaid mendakwa "komplot Anwar-Azmin" melakukan penyelewengan secara tersusun untuk menjejaskan peluangnya memenangi jawatan itu.
Pucuk pimpinan parti bagaimanapun melabel Zaid sebagai "Kuda Trojan" yang dihantar oleh Umno untuk mensabotaj parti.
Mereka menyifatkan beliau sakit hati apabila tewas ketika perlumbaan walaupun beliau mendapat berbagai keistimewaan tetapi berpaling padah apabila keadaan tidak memihak kepadanya.
Tetapi Zaid sebagai seorang yang lekas membalas kritikan berkata, tuduhan-tuduhan yang dilemparkan terhadapnya adalah budaya PKR yang suka kepada "politik putar belit dan mengaibkan orang."
Beliau mendakwa para pemimpinnya tertekan dengan perasaan rendah diri maka dengan itu, perlu memperlekeh orang lain untuk memastikan kelangsungan hayat politik mereka.
Selepas mendengar beliau akan meletak jawatan, Anwar hanya memberi maklum balas yang sejuk, dengan menyatakan, "Zaid boleh pergi."
Mereka berkata populariti saya akan terjejas jika saya melawan Anwar dalam parti dan saya sedar tentang perkara ini.  Tapi populariti tidak pernah menjadi pertimbangan utama saya untuk menyertai parti.
"Mereka pasti mereka gembira sekarang ini kerana Anwar berkata bahawa Zaid boleh pergi.  (Timbalan Presiden) Syed Husin Ali dan Azmin mesti gembira," kata Zaid sebagai maklum balas.
"Kuasa ketiga?"
Tujuannya keluar parti mencetuskan cakap-cakap kemungkinan kerjasama dengan "kuasa ketiga" tapi Zaid menafikan spekulasi itu dengan menyatakan, beliau akan fokus kepada perjuangan asal yang tidak jauh dari matlamat pembangkang.
"Saya akan terus berjuang untuk kebenaran tapi tanpa parti yang penuh dengan masalah.  Saya akan sentiasa bersikap mesra dengan pembangkang," kata Zaid, menambah beliau kini bersedia menghadapi pilihan raya umum yang dijangka pada separuh tahun pertama tahun depan.
Jika sokongan meningkat katanya, beliau menimbang untuk menubuhkan parti baru yang boleh bekerja sama rapat dengan Pakatan Rakyat berdasarkan isu.
Bagaimanapun, Zaid yang pernah menjadi Ahli Parlimen Kota Bharu, berkata, jika idea menubuhkan parti baru tidak berjalan seperti dirancang, beliau akan bertanding atas tiket calon bebas.
"Orang berkata politik ialah perniagaan yang keseorangan maka saya memerlukan kawan-kawan," ujar beliau.
Satu hakikat yang memeranjatkan dalam perlumbaan timbalan presiden PKR ialah sentimen anti-Azmin yang terdapat dalam parti, berasaskan undi yang diterima oleh Zaid yang baru menyertai parti yang berusia 12 tahun itu.
Walaupun Azmin mendahului dengan majoriti yang besar dalam pemilihan yang sedang berlangsung, sokongan terhadap Zaid agak signifikan.  Oleh itu, beberapa pemerhati berpendapat, pengunduran beliau dari parti akan menjejaskan imej Pakatan Rakyat di kalangan beberapa kelumpuk pengundi.
Sejauh mana kebenarannya, sama-samalah kita tunggu dan lihat.  Tetapi para pemerhati bersetuju bahawa pertikaian di antara Zaid dan PKR telah mencemar imej Pakatan Rakyat di kalangan para pengundi, terutama mereka yang duduk di atas pagar yang agak besar bilangannya.
Apabila ditanya tentang hal ini, Zaid dengan perasaan rendah diri berkata, "saya bukan Anwar Ibrahim".

P/s : Kita ucapkan selamat maju jaya kepada beliau! Memandangkan sifatnya yg kudus bersih seperti Malaikat Subuh, aku yakin, 3rd force yg bakal dipimpin Zaid akan menawan Putrajaya! kahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkah!

Zaid: ‘Saya tidak sertai PAS, susah parti besar-besar ini’

Zaid Susah Nak Naik Jika Sertai Pas

Datuk Zaid Ibrahim hari ini menjelaskan beliau tidak akan menyertai mana-mana parti politik termasuk PAS sebaik sahaja keluar secara rasmi daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) 16 Disember ini.

Sebaliknya, bekas pengerusi PKR Wilayah Persekutuan itu berkata, adalah lebih baik jika menubuhkan parti baru daripada menyertai PAS.

“Saya tidak akan masuk PAS, susah parti besar-besar ini.

“Lebih baik saya sendiri,” kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika ditemui selepas sidang media di rumahnya di sini pagi ini.

Terlebih dahulu ketika sidang media itu, Zaid berkata beliau akan meninggalkan PKR berkuat kuasa 16 Disember ini.

Beliau turut mengesahkan kemungkinan akan menubuhkan parti baru berkata beliau “sudah pasti” akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-13.

Namun menurut Zaid, parti baru itu hanya akan ditubuhkan sekiranya mendapat sokongan daripada penyokong-penyokong beliau.

Semalam, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata sama ada parti Islam itu akan menerima Zaid sebagai ahli PAS bergantung kepada keputusan yang dibuat Zaid hari ini.

P/s :  kahkahkahkahkahkah!patutlah digelar Trojan Horse, masuk PKR, hanya gilakan jawatan, bukan penerus agenda rakyat, masuk hanya untuk melingkukan ! Pemimpin begini harus 'diajar' oleh rakyat !